THE LETTER



kepada,
            Kau

 Hey, i know..its been a long day..or week? years? its okay..you are loved..just keep smile..
i remember how we grew up together back then..its just me tmpat kau utk brgantung harap..yeah, hidup kau memang tak seindah yang macam kau harapkan ..aku ada dlm setiap babak kehidupan kau..mungkin bila kau baca surat ni, barulah kau sedar yang aku ada bersama kau selama ni tanpa kau sedar..

  Aku tahu,  hidup ketika zaman kecil kau bukanlah sebagai seorang kanak2 yang normal seperti orang lain..aku pun tak punya alasan kenapa hidup kau ditakdirkan sebegitu rupa..kau mngharapkan mempunyai sebuah keluarga yang normal, tapi itu cumalah mimpi dan angan2 semata2..mempunyai penagih tegar ganja sebagai ayah kau bukanlah  realiti yg harus kau terima di usia   sekecil itu..tambahan pula status kau sebagai anak yg bukan ' normal' mesti pahit bgi kau ..oh ya, kau mesti inginkan sangat2 perbualan mesra bersama ibu dan ayah kau, dan kasih sayang yang tak curah2..tapi aku minta maaf , kerana aku hanya mampu melihat tanpa mmberi sebarang jawapan mengapa kau tak peroleh semua itu..melihat ayah kau sggup memukul ibu kau berhari2 demi melepaskan giannya mmbuat kan aku rasa bersalah kerana tak mmpu berbuat apa2 selain hanya melihat sahaja..habis rumah kau dipecahkan..kanak2 seperti kau sepatutnya seronok bermain2 bersama rakan2 tapi kau sibuk hidup dlm ketakutan..

Dalam bnyk2 manusia yang aku kenal, ibu kaulah seseorang yg ptut kau sayangi sehinggalah kau menghembuskan nafas terakhir kau..tangisannya yang disimpan setiap hari walaupun kau tahu dan lihat sendiri jelas penipuan yang dilakukan oleh ibu kau untuk mnyembunyikan kesedihannya..ibu kau sggup mengorbankan perkahwinannya demi mncari pngganti utk mmbesar kan kau sebagai ayah..aku mula rasa lega sedikit ketika ibu kau mula mahu mncri pngganti demi kau

  Dan, sekali lagi..kau mndapat seseorang  yang tidak patut mnjadi ayah kepada kau.. pekerjaan hariannya hanyalah mbantai ibu kau di hadapan kau dan memaki hamun ibu kau..aku berada di situ bersama kau ketika semua itu berlaku..aku mnta maaf kerana tak mmpu beritahu kau yang aku ada bersama kau walaupun kau keseorangan..oh ya, bukankah kau melarikan diri dari rumah ketika itu? waktu yang sepatutnya kanak2 seperti kau habiskan masa bergurau senda brsama keluarga mereka tapi kau, sibuk melarikan diri dari rumah kerana tak mmpu menerima realiti yang berlaku..aku mnta maaf aku masih tak mmpu berada di situ utk temani kau walaupun sepanjang masa aku bersama kau..at least sekurang2 nya aku mmpu yakinkan kan kau yang kau tidak keseorangan..umur 7 thun terlalu muda untuk lihat semua tu..aku fhm dan sekali lagi aku mohon maaf kerana aku hanya mampu berdiam diri..banyak lagi perkara pahit yang tak patut kau lalui..kerana dah tak mampu untuk terima realiti yang berlaku terhadap kau, kau nekad untuk tak mahu mmpunyai ayah lagi..aku faham..kau mula hilang harapan untuk mmpunyai dan mnyayangi seorang ayah lagi..kau dah mula tak percayakan kebahagiaan lagi..itu cumalah dongeng kepada kau..


  Kau mula hidup dgn hanya mmpercayai kebahagiaan itu hanyalah ibu kau sahaja..kerana terlalu bnyk yang telah kau hadapi, ibu kau masih tak berputus asa utk mncari pngganti utk mnjadi hero kepada kau walau pun kau dah tak memprcayai dongeng itu lagi..ya aku menyaksikan semua itu..
akhirnya ibu kau jumpa penggati itu..namun kau tak mampu menerima realiti yang pengganti itu merupakan seseorang yg sgt kau kenali..dan kau tak mampu mnerima hakikat identitinya..namun , melihatkan ibu kau, kau mula rsakan yg ibu kau mmrlukan dia dan kau pasrah dan cuba hanya utk menghormatinya..hidup kau sehingga hari ini penuh dgn realiti yang sgt berat utk kau terima..bnyk lagi yg boleh aku tulis dlm surat ini ttg kisah hidup kau..cuma cukuplah ini sahaja utk aku buktikan yang aku ada dlm setiap babak hidup kau..maaf kerana aku tak mmpu utk mnyedarkan kau lebih awal yang kau bukan keseorangan...
 
   Aku hanya ingin kau tahu, life usually takes more than what it gives..hidup itu kejam, aku tahu..aku tak mahu kau berasa keseorangan lagi..tiada lagi orang yang mmpu sygkan kau sama seperti aku..jangan mudh mengalah..kau hanya perlu teruskan kehidupan kau dan tulis pengakhiran hidup kau mnjadi 'happy ending' walaupun tak seindah seagaimana yang kau harapkn dari permulaan..mulai hari ini, ingatlah yang aku akan selalu ada untuk kau..kau tak keseorangan lagi..bila tiba masa kau rasa memrlukan, bacalah surat ini dan aku pasti akan ada untuk kau


dari,
       Aku

Comments

Post a Comment